status aku dalam kesedihan... mama diagnosed with cancer stage 4. cancer usus. masa mula2 mama kena kami semua tak tau. mama sakit perut since last ramadhan. mama nak membuang tapi tak lepas. sampai kena pakai pampers sebab yang keluar tersekat sekat. untill at 1 point dah sebulan macam tu,mama turutkan jugak pergi hospital. lepas buat ct scan dokter sahkan nampak ada ketumbuhan sebesar 10cm yang menghalang laluan najis. dekat dengan rahim. atas faktor tertentu mama tak dapat nak di operate untuk buang ketumbuhan tu. tapi doktor buat stoma je ke atas mama.(maknanya buat laluan najis dekat perut sebelah pusat) dalam masa yang sama , doktor sahkan terdapat kanser yang sangat banyak dekat bawah ketiak kanan mama dan dah merebak ke hati. semuanya berlaku dengan sangat pantas. mama seorang ibu yang sangat tabah dan kuat semangat. dalam masa lepas mama operate untuk buat stoma,aku bawak anak2 tidur rumah mama seminggu at least mesti sekali. ada bagus nya jugak berhenti kerja. at least mama ...
assalamualaikum mama pergi meninggalkan kami semua pada tanggal 15.8.2014 jumaat jam 12.45 tghari. kanser usus mama berada pada tahap kritikal masa bulan puasa. mama x boleh berjalan sebabkan kaki mama bengkak. kami beraya dengan mama dalam keadaan mama terbaring di katil. last permintaan mama dia nak tgk lampu pelita di mlm raya. alhamdulillah kami anak beranak tunaikan tapi mama tak dapat tgk sebab mama tk boleh bergerak dari katil. dari masa kesemasa mama mengadu sakit di belakang pinggang. kami adik beradik bergilir gilir jaga mama. mama pergi depan kami semua. perjalanan nak kebumikan arwah mama pun sangat smooth. sehingga kini aku sgt sgt sgt merindui arwah mama. al fatihah buat mu. syg mama sgt2
29 april 1957 hari lahir arwah mama tersayang.. 15 ogos 2014 hari mama pergi meninggalkn kami sekeluarga.. Tiada lagi jeritan manja , cubitan manja dan nasihat2 berguna yang boleh aku gunakan.. Hanyalah gambar sebagai kenangan yang mampu di semat dan si lihat setiap hari. Hargailah ibu selagi mereka masih bernyawa
such a cute baby. kiss her for me. -aunty-
ReplyDelete