Mak anak 3
Assalam semua.
Perjalanan hidup sepanjang menyepi
Rajin pulak malam2 ni nak update tentang kisah hidup yang dah lama x update dalam blog ni.
Today 18 april 2018. Buat blog ni dah lama actually dari 2011 x silap. Tapi sebab kan tahap busy memanjang memang sukar nak ambik masa nak update status kt blog ni.
Just a quick short story sepanjang 2011 ke 2018:
2011 kerja dgn rnt solution lepas berhenti dgn maxis bhd.
2012 berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Pindah duduk kt petaling jaya dekat dgn office hubby.
2013 bersalinkan dian adelia..tahun ni jugak mama di sahkan hidap kanser usus stage 4.
2014 arwah mama pergi meninggalkan kami kerasa kanser usus. Alfatihah buat arwah raja zaharah bte raja kassim. Awal tahun ni jugak aku start berniaga keronsang di pasar2 malam dan pejabat2.
2015 berpindah duduk sementara dengan in law sebab alhamdulillah dapat beli rumah kt shah alam .. atas faktor rumah masih renovate jadi berpindah sementara ke rumah in law . Start tahun ni jugak bapa mertua tersayang sakit.Tahun yang sama kami start duduk di rumah shah alam.
2016 bersalin kan danial andre satu satunya anak lelaki kami.. di tahun ni jugak arwah abah meninggalkan kami kerana sakit tua. Alfatihah buat arwah harry soehartojo bin tarmidi. Tahun ni jugak aku berjaya bukak kedai keronsang di upotown puchong night bazar.
2017 awal tahun suami dimintak berhenti kerja atas sebab2 tertentu. Jobless utk 6 bulan dan 6 bulan yang paling mrncabar kehidupan suami isteri kami. Di tahun ni jugaklah kedai uptown puchong terpaksa aku tutup kerana tak mampu nak rolling modal peniagaan.. walaupun pelbagai rintangan di tahun ini .. Tapi Alhamdulillah kami berjaya harungi. Bulan 7 suami dpt kerja baru. Bermula lah kisah aku sebagai peniaga online produk penjagaan wanita jenama LADURRAR.
2018 dian dah masuk tadika pasti. Dhiya di darjah 2. Andre masuk 2 tahun .. suami dah stabil dgn kerjaya baru di tempat baru. Aku dapat kawan2 baru dan banyak ilmu2 yang di beri di curah dari team LADURRAR yang tak pernah lokek ilmu. Dengan bos @ founder yang penyayang dan terlalu baik hati.. alhamdulillah aku jumpa orang2 berjaya yang bagi aku support utk berjaya bersama.
Terlalu cepat masa berlalu sampai kadang terlupa perkara2 besar yang pernah berlaku dalam hidup kita... lepas ni blog akan di update dgn lebih kerap lagi.
Sehingga berjumpa lagi selamat malam assalam semua.
Comments
Post a Comment